Sabtu, 12 Januari 2013


Kebijaksanaan Yahudi Menipu Kita!...


Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW. Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum.

Teruskan membongkar kebijaksanaan yahudi menipu umat Islam... Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah: "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil"

Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.

3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wani ta. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Secara kesimpulannya para kafir ajen Al-Masih Dajjal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua. HATI-HATI kawan!


Badan Berindak Selamatkan Bukit Payong
Batu Pahat, Johor Darul Takzim

10 hb Januari 2013

Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Batu Pahat,
Johor Darul Takzim

Tuan

Memorandum Bantahan Pembinaan Tapak Pelupusan Sanitari

Kami adalah “Badan Berindak Selamatkan Bukit Payong” mewakili 15 Kampung Tradisi Melayu iaitu Kampung Mohd Nor, Kampung Kangkar Merlimau, Parit Jorak, Parit Yusof, Parit Abd Rahman, Parit Abdul Hadi, Parit Betong , Parit Lahak, Parit Sauh, Parit Jabong, Parit Belemam, Parit Kasim, Parit Selulun, Parit Ismail, Parit Binjai dan Tiga Taman Perumahan iaitu Taman Melati, Taman Santalia dan Taman Putra Indah membantah Pembinaan Pusat Pelupusan Sampah dan Sisa Pepejal di Bukit Payung, Mukim Simpang Kiri, Daerah Batu Pahat yang dicadangkan oleh  Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) yang melibatkan tanah seluas 40 hektar.
 Kami menolak projek ini berdasarkan beberapa sebab

1.    Pembinaan Pusat Pelupusan Sampah dan Sisa Pepejal berhampiran penempatan penduduk iaitu yang terhampir 1.79 km ialah Kampung Kangkar Merlimau (Kolam Air) dan Kampung Mohd Nor iaitu 2.14 km dari tapak projek tersebut
2.    Pembinaan Projek ini dibuat dikawasan dilereng bukit yang akan menyebabkan licikan bahan sisa mengalir ke kampung dan taman yang berhampiran.
3.    Sampah dan Sisa Pepejal datang dari beberapa bandar iaitu Kluang, Simpang Rengam, Air Hitam dan Batu Pahat. Semestinya setiap Bandar atau daerah mempunyai Pusat Pelupusan Sampah sendiri yang diuruskan Majlis Daerah dan Tempatan dikawasan masing-masing. Adalah tidak adil bagi kami menerima sampah-sampah dari luar sedangkan ianya adalah menjadi  tanggungjawab Majlis Daerah dan Tempatan masing-masing
4.    Penerimaan Sampah sebanyak 650 tan sehari jika projek ini dibina adalah merupakan bebanan kepada penduduk iaitu kesan toksid, bau,pembiakan vektor yang merbahaya.  pencemaran air, pencemaran udara, kesesakan lalu lintas yang boleh meningkatkan kemalangan dan mengancam nyawa serta keamanan kesejahteraan penduduk kampung tradisi Melayu
5.    Menjejaskan Sumber Pendapatan kepada Penduduk yang bekerja sebagai petani kerana terbina Pusat Pelupusan ini akan mengakibatkan hasil tanaman sayur-sayuran, buah-buahan, kelapa sawit bertoksid. Kawasan ini merupakan penternakan ikan hiasan dan katak akan terjejas disebabkan punca air yang bertoksid
6.    Tarikh kajian DEIA yang tidak tetap.

Di dalam Ringkasan Eksekutif yang dikeluarkan oleh JPSPN, laporan DEIA telah dibentangkan kepada JAS di Putrajaya pada 25 Julai 2012 dan telah diluluskan pada 3 Disember 2012.

Utusan Malaysia (versi internet) pula melaporkan kenyataan Datuk Ahmad Zahri Jamil, Pengerusi Jawatan Kuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Kemudahan Awam Negeri bertarikh 10 Disember 2012 bahawa kajian berkenaan dijangka siap hujung bulan ini dan akan dibentangkan kepada JAS bagi mendapatkan kelulusan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Kemudahan Awam Negeri, Datuk Ahmad Zahri Jamil, berkata tender untuk projek itu akan dibuka pada November tahun depan dan pembinaannya mengambil masa setahun.
“Untuk makluman, proses pengambilan tanah dan pembayaran pampasan di TPS Bukit Payung telah selesai dan kini ia di dalam proses pertukaran nama kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dan pihak JPSPN turut melantik juru perunding bagi melaksanakan kajian terperinci Penilaian Alam Sekitar (DEIA) yang akan dimulakan pada Januari 2012 hingga September 2012,” katanya
Daripada tiga fakta di atas menunjukkan bahawa projek ini TIDAK dirancang dengan baik dan ia seolah-olah hanya perancangan dalam kepala sahaja.

Jika projek yang berisiko tinggi ini dibuat dengan cara begini menunjukkan bahawa ia sebenarnya projek sampah yang bakal menimbus kesejahteraan, keselamatan, kesihatan, kedamaian, keharmonian, ketenteraman dan keselesaan penduduk berdekatan.


a)    Laporan DEIA tidak menyatakan secara jelas dan terperinci:
i.              Agensi Kerajaan yang bertanggung jawab
ii.            Pihak yang bertanggung jawab untuk projek ini
iii.           Perunding DEIA
iv.           Jururunding Kejuruteraan dan Rekabentuk
v.            Juruukur Tanah
Orang awam khususnya penduduk tidak dapat merujuk dengan pihak yang tepat terhadap sebarang persoalan yang timbul. Perkara ini meningkatkan prasangka negative di kalangan penduduk sekitar projek.
b)    Kajian tidak menyeluruh ke seluruh kampung sekitar projek.
Kampung Pt. Betong, Pt. Abdul Hadi, Pt. Abdul Rahman, Pt. Yusof dan lain-lain tidak dijalankan kajian  sedangkan kedudukan mereka juga berdekatan bahkan sebahagiannya sangat hampir dengan lokasi projek. Mereka juga turut terjejas jika projek ini dijalankan. Ini menambahkan lagi kejengkelan penduduk seolah-olah kewujudan merka tidak dihormati.
Tambahan lagi satu kenyataan oleh YB. Datuk Koh Chee Chai melalui ahkbar The Star (internet) bertarikh 15 Mac 2012 yang menyatakan projek itu terletak 6 km jauh daripada tempat tinggal manusia.

c)    Penggunaan dapatan daripada temubual yang sangat lemah
Laporan DEIA telah menyatakan bahawa pihak terbabit telah menubual seramai 188 orang sedangkan kajiselidik penduduk 2012 di kawasan sekitar 5 kilometer dari kawasan projek mempunyai seramai 26416 orang. 188 orang hanya mewakili 0.71%. Adakah jumlah peratusan ini menepati piawaian sebuah kajian yang berwibawa?
Penduduk semakin hilang kepercayaan dengan laporan ini!

d)    Laporan DEIA yang lebih pelik..??
  • Kajian menunjukkan bahawa 51% daripada responden sanggup membayar untuk melindungi dan memulihkan keadaan yang sedia ada di kawasan projek
  • Lebih dari 67% penduduk kg mohd noor yang ditemubual sanggup membayar tidak lebih rm 10 sebulan untuk penyelanggaran tapak yang di cadang jika ia diurus oleh jk tertentu
  • Kira-kira 85 % menyatakan bahawa mereka sanggup membayar demi melindungi alam sekitar untuk generasi akan datang
Daripada tinjauan yang dilakukan hamper 100% penduduk TIDAK SETUJU jika dikenakan sebarang bayaran.
e)    Tidak memenuhi garis panduan teknikal
Berdasarkan The Technical Guideline for Sanitary Landfill, Design and Operation (Revised Draft, 2004) KPKT, beberapa perkara berikut tidak menepati keadaan di Bukit Payong:
i.                   Kedudukan penduduk yang terlalu hampir dengan projek.
ii.                Saliran sedia ada yang akan tercemar dengan projek ini.
iii.             Kejadian banjir yang telah berlaku di kawasan perumahan dan kampung berdekatan yang mana punca air banjir itu melibatkan sebahagiannya daripada tapak projek.
iv.             Kedudukannya di atas bukit memungkinkan bencana yang dapat dijangka dengan wujudnya projek ini.


Atas Kesedaran soal Kesihatan dan masa depan sumber pendapatan penduduk  maka
Kami membantah projek ini demi memastikan kehidupan aman, bahagia dan sejahtera dikekalkan

Yang Benar
Kami Mewakili Badan Bertindak Selamatkan Bukit Payong